
' Pasti berjaya di Akademi Fantasia ' ! !
Akhirnya , program realiti paling popular kembali lagi :)
Saya adalah salah seorang peminat setia AF , saya melihat mereka yang berbakat , bukan hanya minat kosong , hanya untuk suka-suka dan membuang masa . . Anda kenal siapa Vince ? Zahid ? Mawi ? Faizal ? Mila ? Stacy ? Hafiz ? dan terbaru adalah Shahir ? Akademi Fantasia mengubah impian mereka menjadi realiti :)
Saya peminat fanatik kepada Stacy dan Shahir dan juga Akim :D Pada saya mereka mempunyai kelebihan tersendiri , gaya tersendiri , muzik tersendiri , good looking , mereka mempunyai ciri-ciri artis yang saya minati . . Mungkin ada juga yang tidak mengenali mereka , tidak semua antara kita meminati program realiti ini , tetapi bagi saya yang sentiasa menyokong , saya dapat rasakan bahawa Akademi Fantasia masih kukuh dan masih relevan lagi . .
12 pelajar Akademi Fantasia musim terakhir telah pun diumum secara rasminya pada 28 Mac 2011 di Akademi Fantasia 9 , Plaza Aeon AU2 , Setiawangsa . 12 pelajar yang terdiri daripada 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar wanita.
Barisan pelajar lelaki terdiri daripada AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY, manakala 6 pelajar wanita pula ialah LENA, AIDA, LAIKA, MIZA, NERA dan EKA.
![]() |
| 12 Pelajar Akademi Fantasia musim terakhir |
Kali ini , Aznil Haji Nawawi dilantik kembalik menjadi Pengacara dan Diari Akademi Fantasia musim terakhir ini . . Mungkin ramai yang merindui cara Aznil mengendalikan Konsert dan Diari , Aznil adalah salah seorang pengacara yang berbakat , pengalaman dan pencapaian yang diperolehnya cukup membuktikan bahawa beliau mampu untuk meningkatkan kembali rating Akademi Fantasia musim ini . .
WELCOME HOME AZNIL HAJI NAWAWI :)
![]() |
| Aznil Haji Nawawi |
Barisan tenaga pengajar yang dipilih juga tidak kurang hebatnya . Cikgu Shafi dan Cikgu Siti Fatimah masih lagi dikekalkan , manakala jika anda ingat bahawa Cikgu Aris pernah bertindak sebagai Koreografer pada musim 7 , kali ini beliau dibawa kembali dan bertindak sebagai Koreografer untuk Akademi Fantasia musim ini . Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura dipilih sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia 9 .
Cikgu Shafi bertindak sebagai Guru Vokal Teknikal , Cikgu Aris sebagai Guru Tari , Ning Baizura sebagai Guru Vokal Persembahan , Cikgu Fatimah sebagai kaunselor dan Bahasa Inggeris dan terakhirnya Cikgu Adlin sebagai Guru Seni Lakonan .
Masing-masing mempunyai kekuatan dan kehebatan , saya pasti bahawa Akademi fantasia musim ini akan jadi salah satu musim yang akan mebuatkan peminat-peminat tetap berasa puas dan akan menjanjikan sesuatu kelainan . . Kita saksikan bagaimana mereka yang begitu profesional ini mengasah bakat pelajar-pelajar kali ini . .
![]() |
| Adlin ( Guru Seni Lakon ) |
![]() |
| Syafi ( Guru Vokal Teknikal ) |
![]() |
| Ning Baizura ( Guru Vokal Persembahan ) |
![]() |
| Fatimah ( Kaunselor dan Bahasa Inggeris ) |
![]() |
| Aris ( Guru Tari ) |
Siapakah yang akan memegang jawatan Pengetua Akademi Fantasia musim 9 ? Sama-sama menyaksikan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, secara langsung pada 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria (104).
![]() |
| Nantikan ! |








No comments:
Post a Comment