Sunday, June 19, 2011

MERAPU MERAPAN

Hei , Selamat Malam + Selamat Pagi , already  1.45am . Mata aku still lagi tak mengatuk , aku tak tau nak buat apa lagi . Fikir benda tu , fikir benda ni , serabut dengan susah hati . Am trying to be positive , but I can't . Macam-macam perkara aku fikirkan . Orang kata kadang-kadang apa kita fikir ni , kita terlampau ikutkan perasaan , tapi kalau dah kita cuba nak tenang , tapi still juga tak boleh nak buat macam mana . 

Setiap orang punya masalah masing-masing , punya cara penyelesaian tersendiri . Aku cuba untuk tangani masalah aku secara perlahan-lahan , satu demi satu . Tapi makin aku cuba selesa dengan keadaan aku , cuba aku nak hadapi dengan tenang , lagi bertimpa-timpa masalah . Aku cuba ambik semua perkara ni positif , aku tahu aku mampu buat , tapi aku kena kuat .

Perkara paling aku takut , aku rasa sama macam semua insan luar juga , kehilangan insan paling korang sayang . Off course paling penting Family , and mesti kawan-kawan . Aku masih kuat sebab aku ada dua tonggak utama dalam hidup aku . 

Allah berikan aku MAK yang paling terbaik dalam hidup aku iaitu Puan Salina . Aku dikurniakan adik beradik yang begitu baik , sayangkan aku , terima kasih Fatin Roslee , Firdaus Roslee , Fauzan Roslee , Fatirah Roslee dan Fakhrul Roslee . Family aku nyawa aku . 

Alhamdulillah , aku juga diberi peluang untuk mengenali insan bernama Sheriza Kamal , Megat Izwan Shah , Anizatul Amira , Nur Haziqah dan Akmal Syazwan . Setiap detik aku bersama diorang , tetap akan jadi ingatan yang akan aku semat , yang akan tetap permanent dalam dalam memori aku sehingga 
akhir nyawa aku. 

Setiap detik setiap saat aku bersama keluarga , aku bersama lima insan istimewa , aku abadi kan . Aku sentiasa dahagakan waktu-waktu bersama korang semua . Setiap minit aku sentiasa teringatkan korang . Alhamdulillah , Allah berikan pada aku insan-insan yang baik , begitu memahami aku , diorang sentiasa ada bila aku perlukan . Masing-masing punya karakter tersendiri yang buatkan aku begitu selesa bersama . Aku tak dapat gambarkan bagaimana , jika Allah ambik korang terutamanya Family  aku sedangkan aku masih belum lagi puas , aku msih belum bersedia lagi untuk semua ni. Aku sayangkan korang semua . Family aku nyawa aku , kawan aku kegembiraan aku . 

Thank you :)

No comments:

Post a Comment