Okay ini pasal email kedua yang aku dapat semalam. From a women that once before terlalu baik + terlalu rapat and pernah juga bersarang labah-labah jantung hati aku gara-gara dia(*maksud aku dia pernah bertakhta di hati aku lah ngap!) But after both of us break off and masing-masing sibuk, langsung dah tak contact each other and aku tak tau lah aku still lagi save number dia or not, jap aku try check kat phone, hmmmmmmmmmmmmmmm TAK ADAAAA sebab aku dah tukar number bhai ! Langsung tak terfikir dekat dia and suddenly dia email aku, tekejut sikit lah, that's mean dia still simpan lagi email address aku(*perasan sejenak, entah-entah dia boleh access FB aku lagi kan?). bweeekkkk :p
Malas ahh cheq nak ceqhita panjang-panjang. Hampa baca jelah eh !
HERE WE GOOOOOOOOO :)
' Salam Fahmi , maaf kalau saya ganggu awak. Tiba-tiba tadi time saya tengah buat assignment, saya teringat awak. Awak sihat Fahmi ? Saya Alhamdulillah sihat and saya harap sihat Fahmi. Lama sangat tak dengar khabar and cerita awak, saya ada juga tanya Tasha dengan Fendi tapi diorang macam nak rahsia saja kalau saya tanya pasal. Awak dekat Unisel macam mana? Mesti best kan sebab awak ambil Mass Comm, saya tau itu impian dan minat awak kan? Saya doakan awak berjaya. Awak, sekarang saya dah pindah duduk dengan Kak Rina dekat London sebab Abah suruh saya study dekat sana. And saya sambung dekat London College of Fashion. Memang jauh sikit dari rumah Kak Rina, tapi Abg Syafiq yang hantar dengan ambil saya tiap-tiap kali ada kelas. Tau kan rumah Kak Rina dekat mana? Saya sambung kos Fashion.
Tujuan saya email awak bukan lah nak cerita pasal saya belajar mana, tinggal mana sebab tak penting pada awak, saya tahu. Saya nak terus terang pada awak, sejujurnya saya masih sayangkan awak. Saya cuba untuk lupakan awak but I can't Fahmi. Saya tak tahu kenapa sampai sekarang, perasaan sayang saya pada awak masih lagi ada. Saya cuba busy kan diri and tengok like now, tiba-tiba saya teringat awak. You such a good man I've ever meet Fahmi. Fahmi, bukan saya nak pertikaikan sebab awak nak tinggalkan saya but... Saya nak awak tau, perbezaan status antara kita sikit pun saya tak kisah awak. Saya nak awak tahu saya tak pernah peduli bahawa awak dari keluarga macam mana, saya tak kisah jika awak tak ada sebab saya terima awak seadanya Fahmi. Mama dan Abah pun tak pernah pertikaikan siapa awak. Saya hormat awak selama ini Fahmi. Saya cuma minta diberi peluang kedua sahaja Fahmi.
Saya faham awak, saya tak bertudung dan saya budak sosial and awak nak putus sebab awak tau Mak awak takkan terima saya, tapi awak sikit pun tak pernah cerita pada Mak awak tentang saya and macam mana awak tau dia tak boleh terima saya untuk jadi kawan awak? Saya tau awak lebih pentingkan keluarga awak terutamanya Mak awak dari segalanya and saya respect awak Fahmi. Cuma kadang-kadang saya rasa susah unutk saya terima hakikat semua ni Fahmi.
Saya minta supaya awak beri saya peluang sekali lagi, saya masih saynagkan awak but saya tak tau lah sama ada awak dah berpunya sekarang, tapi saya takkan paksa awak sebab saya hormati kehendak awak. Saya still lagi simpan t-shirt and beg yang awak beri pada saya. Christmas kali ni saya balik Malaysia sebab dah lama saya tak balik, saya harap kalau awak ada dekat Shah Alam, beri saya peluang untuk jumpa awak. Saya terlalu rindukan awak. Abah dengan Mama dah pindah dekat Bukit Melawati.
Saya stop dekat sini dulu. Saya tak mengharap apa-apa dari awak cuma saya nak awak tau yang awak tetap sahabat saya dunia akhirat. Awak jaga diri, kirim salam pada family dengan kawan-kawan awak. Ada masa saya email awak lagi okay. Saya sayang awak Fahmi :)'
DONE !
(Maaf atas dasar menghormati satu sama lain, aku terpaksa potong perkara tak sepatutnya dan ayat diatas diolah dan ditaip mengikut cara penulisan aku tersendiri, bukan copy and paste)
Puas kau jah ! Rupanya dah tak ada kat Malaysia, patutlah diam saja. Entahlah rasa malas sangat nak reply email ni. Bukan berlagak or what, aku perlu jaga hati semua pihak especially family aku. Gila weh kalau mak baca entry aku, memang kantoi but lantak lah, benda dah lepas. But aku rasa kalau ada sorang makhluk Allah ni kalau dia baca entry kali ni, confirm havoc nokkk! Mesti dicanangnya dekat semua orang.
Malas nak komen panjang-panjang. Sampai sini sajalah ye :)
Thank you
No comments:
Post a Comment